Home > In The Court
Langgar Akta Imigresen : 2 Lelaki Dijatuhi Hukuman
November 7th, 2020 | 10:10 AM | 595 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua lelaki, warganegara Indonesia dihadapkan dan dijatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret atas kesalahan-kesalahan Imigresen.
Tertuduh, Nur Maarif mengaku bersalah atas dua pertuduhan, di bawah Bab 6(1)(c) Akta Imigresen Penggal 17 kerana masuk secara haram ke negara ini juga di bawah Bab 36 Akta Imigresen Penggal 17 kerana masuk semula ke negara ini setelah sah diusir.
Nur Maarif, berumur 55 tahun, dijatuhkan hukuman enam bulan penjara bagi kesalahan di bawah Bab 6(1)(c) Akta Imigresen Penggal 17 juga satu tahun dan dua bulan penjara bagi Bab 36 Akta Imigresen Penggal 17.
Sementara itu, tertuduh, Antok Wibowo, berumur 32 tahun, dijatuhkan hukuman empat bulan penjara dan tiga kali sebatan.
Antok Wibowo didakwa atas satu kesalahan Imigresen di bawah Bab 15(1) Akta Imigresen Penggal 17 kerana tinggal di negara ini setelah pas imigresen mansuh.
Hukuman kedua-dua defendan itu dijatuhkan oleh Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu, pada 4 November 2020.
Defendan-defendan berkenaan ditangkap dalam Operasi Pumpung Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Daerah Belait, di sebuah rumah, Jalan Maulana, Kuala Belait, pada 2 November 2020 lalu.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor'Adliatul Hidayah binti Haji Mohd. Zaidi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]