FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM berkenan saksikan pameran


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan bergambar ramai bersama peserta pameran. | INFOFOTO

 


 July 31st, 2016  |  10:51 AM  |   2157 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 30 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat menyaksikan 'Pameran dan Jualan Pengusaha Belia Negara Brunei Darussalam' sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437 Hijrah/ 2016 Masihi anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (International Convention Centre - ICC), Berakas.

 

Seramai 95 perusahaan yang diusahakan oleh para pengusaha belia tempatan menyertai pameran tersebut termasuk KaPOW Burger, Mumtaz Collections, Kain Tenunan Brunei Hapasah Pgm dan DIY Retro Furniture.

 

Sementara itu, antara agensi kerajaan yang menyertai pameran ini ialah Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang terlibat dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada para pengusaha muda tempatan seperti Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Belia dan Sukan serta Pusat Pembangunan Belia dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Selain itu, pameran berkenaan juga disertai oleh Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama; YSHHB, Darussalam Enterprise (DARe), LiveWIRE, dan Muslimah Entrepreneurship juga Persatuan Usahawan Muda Brunei (Youth Entrepreneur Association Brunei).

 

Institusi-institusi pengajian tinggi yang menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang keusahawanan termasuk Universiti Brunei Darussalam dan IBTE Business Campus turut tidak ketinggalan untuk ikut serta di pameran ini.

 

Pameran tersebut sebagai sokongan YSHHB terhadap usaha para usahawan belia yang telah menyahut seruan kerajaan dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan bagi sama-sama memperkasa kemajuan ekonomi negara.

 

Pameran diadakan di Dewan Serbaguna, ICC itu dibukakan kepada orang ramai selama dua hari bermula hari ini pada pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam dan esok akan dibukakan dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17