Home > Bahasa Melayu
2,100 peserta terlibat khatam 70 KHEU
Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman ketika memimpin Surah Al-Fatihan pada Majlis Khatam Al-Qur'an 70 Kali sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun 2016 bertempat di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. | Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
July 31st, 2016 | 10:49 AM | 1144 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sabtu, 30 Julai. - Seramai 2,100 pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang terdiri dari 45 kumpulan peserta lelaki dan 25 kumpulan peserta perempuan terlibat dalam menjayakan Majlis Khatam Al-Quran 70 Kali Khatam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-70 Tahun.
Hadir pada majlis yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah di Kampung Kiarong tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, yang kemudiannya diteruskan dengan bacaan Khatam beramai-ramai bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas.
Sementara bacaan Tahtim pula dibacakan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) dan diikuti dengan bacaan Doa Khatam oleh Awang Haji Hashim bin Abdullah.
Majlis juga diserikan dengan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam (JPI) dan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mat Jaya bin Haji Ibrahim.
Majlis Khatam tersebut adalah sebagai sumbangan khas yang ikhlas daripada warga KHEU dan sebagai pesambah istimewa ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar baginda dilanjutkan usia dan kekal karar memerintah negara dengan inayah Allah Subhanahu Wata'ala, seterusnya memohon kesejahteraan raja, keselamatan rakyat, keberkatan, keamanan negara dan segala isi di dalamnya, semoga sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala.
Demikian juga dihasratkan agar pahala dari membaca Al-Quran 30 juzuk berkenaan, dihadiahkan kepada baginda dengan niat supaya dikabulkan segala hajat-hajat baginda dalam memerintah Negara Brunei Darussalam ke arah kemakmuran, keamanan, kesejahteraan dan kemajuan serta sebagai satu usaha dalam merealisasikan wawasan NBD sebagai sebuah 'Negara Zikir'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Khartini Hamir
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]