Home > In The Court
Musang King : Hukuman Reman Dilanjutkan
October 23rd, 2020 | 12:25 PM | 957 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Tinggi melanjutkan hukuman reman ke atas enam warganegara tempatan, yang terlibat dalam hasil aktiviti penyalahgunaan dadah semasa Operasi Musang King, yang dijalankan oleh Biro Kawalan Narkotik.
Enam defendan, terdiri daripada Jakaria bin Ahad (Defendan Pertama - D1); Siti Izzul Munirah binti Ahmad (Defendan Kedua - D2); Mohammad Isamuddin bin Ahmad (Defendan Ketiga - D3); Nurul Nazirah binti Awang Marzuki (Defendan Keempat - D4); Ahmad bin Haji Tamit (Defendan Kelima - D5); dan Maskunah binti Wahab (Defendan Keenam - D6).
Keenam-enam mereka didakwa di bawah Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah (APD), Penggal 27, iaitu atas kesalahan memiliki dadah bagi tujuan mengedar dadah kelas 'A' yang melebihi daripada 100 gram membawa kepada hukuman gantung hingga mati.
D1 dan D2 turut didakwa di bawah Seksyen 3 Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah, 2012, iaitu atas Kesalahan Membersihkan Wang Haram, yang boleh membawa denda tidak melebihi BND500,000 dan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Yang Arif Ketua Majistret, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar juga menetapkan sebutan semula kes bagi D1; D2; D3; D4; D5; dan D6 diteruskan lagi, pada 15 November 2020, jam 2.00 petang.
Pendakwaan tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian Abdul Rahman, sementara Roy Prabhakaran mewakili bagi pihak defendan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]