Home > In The Court
Didenda Kerana Judi
October 22nd, 2020 | 11:07 AM | 520 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan didenda sebanyak BND1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah.
Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menjatuhi hukuman itu terhadap Rosleni bin Haji Mahrop berusia 40 tahun kerana bermain judi di sebuah kawasan Kampung Pandai Besi pada 19 Oktober 2020.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi BND10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalilah binti Hussin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]