Home > In The Court
Padah Curi, Dijatuhkan Hukuman Penjara
October 22nd, 2020 | 11:06 AM | 501 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Akibat melakukan jenayah pecah masuk dan mencuri kenderaan, seorang perempuan warga tempatan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan enam bulan oleh Mahkamah Tinggi hari ini, di sini.
Tertuduh, Maslina binti Haji Metusin, 45 tahun dijatuhi hukuman berkenaan setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di hadapan Hakim Harnita Zelda Skinner.
Mengikut pertuduhan, Maslina memecah masuk sebuah kedai di Batu Satu dan mencuri tiga periuk nasi elektrik (rice cooker) serta satu kipas angin jenama Miyako. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 April 2020 lalu.
Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memecah masuk sebuah restoran di Batu Satu dan mencuri kunci kereta, telefon bimbit jenama Nokia dan Meizu, lima ekor ayam mentah, dua tin besar minyak, satu kotak yang mengandungi 24 botol sos cili, manakala bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melarikan sebuah kereta jenama Hyundai dengan kunci kereta yang dicuri sebelum itu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hidayatul Aeny Alisah binti Haji Zullizam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]