Home > In The Court
Dijatuh Hukuman Kerana Pas Lawatan Mansuh
October 18th, 2020 | 12:01 PM | 571 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan tiga kali sebatan ke atas seorang lelaki warganegara Bangladesh bermula hari ini.
Defendan, Milon, 38 tahun, dengan bilangan pasport BB0109731 dijatuhkan hukuman tersebut oleh Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman.
Milon, didakwa atas kesalahan di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 kerana tinggal di negara ini setelah Pas Lawatan mansuh.
Beliau ditangkap semasa pemeriksaan di sebuah rumah di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Mata-Mata dalam Operasi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), iaitu Ops Pumpung JIPK 131/2020 pada 13 Oktober 2020.
Pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya dari JIPK, Adi Yusra bin Haji Adanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]