Home > In The Court
Peras Ugut Dihukum Penjara
October 16th, 2020 | 13:35 PM | 708 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warganegara Malaysia dipenjarakan 18 bulan atas dua pertuduhan (secara bergilir iaitu sembilan bulan atas pertuduhan pertama dan sembilan bulan lagi atas pertuduhan kedua) oleh Mahkamah Majistret, di sini, kerana mengugut untuk membunuh dan mengancam isteri serta anak.
Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menjatuhkan hukuman itu ke atas Aiman Indrea bin Abdullah, 32, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Menurut fakta tersebut menjelaskan bahawa defendan didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dengan mengancam hendak mencederakan isterinya dengan niat menyebabkan mangsa berasa takut dan defendan juga melakukan ugutan terhadap anaknya dengan memegang sebilah parang dan mengugut untuk membunuhnya.
Aiman Indrea dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Rimba pada bulan Februari lepas. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]