FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berhari raya lah dengan kesyukuran


Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman (tengah). | Foto: Mohd. Shahrizal Haji Said

 


 July 30th, 2016  |  11:21 AM  |   1363 views

SERUSOP

 

Jumaat, 28 Julai. - Umat Islam digalakkan untuk saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain tidak kira yang dikunjungi itu dari kalangan yang terhormat, keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, rakan taulan dan sebagainya.

 

Dalam suasana bulan Syawal yang sudah hampir ke penghujungnya, sambutan-sambutan Hari Raya masih disambut oleh pelbagai pihak dengan tujuan untuk mengukuhkan keharmonian institusi berkeluarga atau bermasyarakat, di samping mengeratkan lagi tali silaturahim.

 

Bagi tujuan tersebut, Unit Belia, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) mengendalikan sambutan seumpamanya dengan menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman beserta ahli-ahli Kumpulan Belia Masjid seluruh negara.

 

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop itu adalah salah satu usaha pihak jabatan untuk menanamkan sifat taat dan hormat para belia kepada pemimpin, di samping menambah keyakinan para belia masjid untuk bergaul sesama pihak jabatan dan Menteri Hal Ehwal Ugama sekaligus mengeratkan silaturahim para belia yang datang dari berbeza kawasan.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa berucap di majlis berkenaan menyatakan sambutan yang diadakan setentunya terdapat unsur kegembiraan yang disesuaikan dengan latar belakang kemasyarakatan dan amalan keugamaan Islam di negara kita.

 

"Sekurang-kurangnya daripada nama acaranya iaitu Majlis Ramah Mesra Hari Raya 'Eidul Fitri bagi Kumpulan Belia Masjid Senegara. Maka unsur kegembiraan itu ialah terdapat dalam tujuan kita beramah mesra.

 

Kita menyambutnya tanda syukur kepada Allah menjadikan kita orang Islam dan beriman serta beramal ibadat dan bermu'amalat menurut syariat-Nya yang disampaikan menerusi Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam rasulNya yang terakhir", jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menambah, berhari raya dengan kesyukuran kepada Allah sedemikian itu tidak akan mengurangkan kegembiraan menyambut Hari Raya kerana Hari Raya itu tetap juga berunsurkan kegembiraan.

 

Kegembiraan itu ujar Yang Berhormat, tertakluk jua kepada siapa kalangan yang merayakannya.

 

Menurut Yang Berhormat, di sinilah kita mengenal diri kita sebagai orang atau kalangan yang berkaitan dengan masjid yang mana dengan kaitan sedemikian itu kegembiraan kita berhari raya tentu sekali menurut cara yang selayaknya selaku orang-orang dan kalangan-kalangan yang berkaitan dengan masjid, tempat suci beribadat.

 

"Tambahan pula awda sendiri dari kalangan anak muda atau remaja yang disebut juga belia. Oleh kerana awda adalah kalangan anak muda yang ada kaitan dengan masjid lalu disebut belia masjid maka awda mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi ugama," tegas Yang Berhormat.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Belia Masjid Kampung Sungai Besar, Awangku Hassan Basri bin Pengiran Haji Ismail diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh juga selaku Pengerusi Majlis.

 

Acara diteruskan dengan ramah mesra bersama Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dengan kumpulan-kumpulan belia masjid yang hadir dan diakhiri dengan sembahyang fardhu asar berjemaah di Masjid Mohamed Bolkiah Kampung Serusop.

 

Dengan adanya majlis seumpama ini akan dapat menjadikan belia lebih dekat dengan masjid kerana ianya merupakan gedung sumber ilmu sekaligus menjadikan belia taat akan perintah Allah Subhanahu Wata'ala.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16