FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk silaturahim dengan sambutan Aidilfitri


Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong hadir selaku tetamu kehormat majlis. | Foto: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 


 July 30th, 2016  |  11:20 AM  |   1574 views

TUTONG

 

Jumaat, 29 Julai. - Dalam masa beberapa hari saja lagi bulan Syawal akan berlalu, namun sambutan Hari Raya Aidilfitri masih diraikan dengan meriahnya di kalangan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di seluruh negara.

 

Lebih dari 350 warga dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Latihan Maraburong, Jabatan Penjara, Tutong, di sini.

 

Majlis tersebut dikelolakan oleh Jabatan Penjara dengan berkonsepkan rumah terbuka yang menyediakan pondok-pondok jamuan bagi setiap jabatan di bawah KHEDN.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Datin.

 

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam; Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar; dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji Ali.

 

Dalam ucapan ringkas Menteri KHEDN antara lain berharap agar Sambutan Hari Raya tersebut dapat mengeratkan hubungan ukhuwah dan silaturrahim dalam kalangan warga KHEDN, sejajar dengan peranan dan usaha KHEDN dan jabatan-jabatan dibawahnya untuk meningkatkan perpaduan serta keharmonian kampung-kampung juga mukim-mukim.

 

Terdahulu, Yang Berhormat juga mengumumkan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti riadah dan bersenam yang akan diadakan bersama warga dari jabatan-jabatan di bawah KHEDN bagi menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menjaga kesihatan dalam kalangan warga, selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

 

Yang Berhormat juga melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana aman serta tenteram dengan penuh keharmonian.

 

Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan KHEDN bagi memupuk hubungan silaturahim dan kerjasama di antara warga kementerian.

 

Dalam masa yang sama, majlis juga diserikan dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena selesainya acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-70 Tahun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17