Home > Bahasa Melayu
Soldadu Azrin dikurniakan hidayah Islam
Soldadu Azrin bin Azman (dua, kanan) bergambar ramai bersama Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih (tiga, kanan), selaku tetamu kehormat majlis. | Foto: Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
July 30th, 2016 | 11:17 AM | 3693 views
KUALA BELAIT
Jumaat, 29 Julai. - Seorang anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Soldadu Azrin bin Azman telah melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan pengislamannya hari ini.
Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah, hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Kampung Sungai Liang, di sini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah TDDB, Brigadier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Sungai Liang, pegawai-pegawai kanan ABDB, pegawai-pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah Daerah Belait dan ahli keluarga.
Lafaz syahadah dan ikrar pengislaman Soldadu Azrin bin Azman dilangsungkan di depan Pegawai Pengislaman Pusat Da'wah Islamiah.
Penyampaian cenderahati dan menabur bunga rampai kepada Soldadu Azrin bin Azman telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB.
Para jemputan yang hadir juga bersama-sama melaungkan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baharu yang diraikan.
Majlis pengislaman kali ini merupakan kali yang keempat pada tahun ini dan yang Ke-102 sejak Tahun 2006.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]