Home > Bahasa Melayu
Putera Kebawah DYMM Dianugerahkan Ijazah Sarjana
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London pada Majlis Penganugerahan yang diadakan di Logan Hall, Institute of Education, 20 Bedford Way, London.
July 29th, 2016 | 10:48 AM | 1302 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Khamis, 28 Julai. - Paduka anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah dianugerahkan Ijazah Lanjutan (Master) dalam satu Majlis Penganugerahan Ijazah yang telah diadakan di Logan Hall, Institute of Education, 20 Bedford Way, London pada hari Rabu, 27 Julai 2016.
Yang Teramat Mulia dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi dari School of Oriental and African Studies, University of London.
Berangkat hadir pada Majlis Penganugerahan Ijazah tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]