FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kontinjen Negara ke SUKMA XVIII Bawa Pulang 1 Perak, 3 Gangsa


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof mengalungkan sesandang kepada Mohd Adi Salihin bin Roslan, penerima pingat perak bagi sukan wushu. | FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

 


 July 28th, 2016  |  08:48 AM  |   1371 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 27 Julai. - Kontinjen Negara Brunei Darussalam bagi sukan tae kwan do dan wushu yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII selamat pulang ke tanah air dengan membawa satu pingat perak dan tiga gangsa.

 

Ketibaan seramai 14 atlet kontinjen dua acara itu telah selesai menyelesaikan misi pada temasya sukan yang berlangsung di Kuching, Sarawak dengan membawa kejayaan satu perak menerusi atlet wushu, Mohd. Adi Salihin bin Roslan, manakala tiga atlet tae kwan do, Hyde Nachman Hijium, Hyde Nathania Hijium dan Ahmad Izzad Ahsanuddin bin Sofian yang berjaya membawa pulang tiga gangsa.

 

MASMALEH SUKMA BALIK 3

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof mengalungkan sesandang kepada Hyde Nathania Hijium pemenang pingat gangsa bagi Kategori Poomsae Perseorangan Wanita.

 

Hadir menyambut ketibaan kontinjen di Stadium Negara Hassanal Bolkiah di sini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang turut mengalungkan sesandang dan mengucapkan tahniah kepada para atlet.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin serta pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan.

 

MASMALEH SUKMA BALIK 4

KETIBAAN kontinjen negara atlet sukan tae kwan do dan wushu dari SUKMA XVIII dialu-alukan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Sementara itu, Hyde Nachman, ketika ditemui berasa teruja dan gembira atas kemenangannya yang pertama bertanding pada SUKMA kali ini yang juga merupakan pertama kali baginya diberi peluang untuk mempertengahkan bakatnya terutama dalam Kategori Poomsae Perseorangan Lelaki pada pesta sukan itu.

 

Atlet berusia 17 tahun yang sudah mula berjinak-jinak dalam acara sukan itu lebih kurang lapan tahun juga menyatakan, pingat yang diperolehinya ini juga dapat membakar semangatnya untuk terus mempertingkatkan diri dalam sukan tae kwan do ke peringkat yang lebih tinggi dan sasarannya pada masa akan datang untuk menggondol pingat emas dan juga bertanding pada kejohanan yang berprestij antarabangsa.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12