Home > Bahasa Melayu
KKBS kukuhkan, eratkan hubungan kekeluargaan
MENTERI Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof bersama Isteri ketika hadir pada Majlis Silaturahim Hari Keluarga Kebangsaan di Bulan Syawal berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas. | FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)
July 27th, 2016 | 11:10 AM | 1423 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Selasa, 26 Julai. - Bagi mengukuhkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan serta meningkatkan penglibatan bersama masyarakat, pelatih-pelatih Pusat Bahagia di keempat-empat daerah dan residen Kompleks Rumah Kebajikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) mengadakan Majlis Silaturahim di Bulan Syawal sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan datin.
Majlis diserikan dengan beberapa persembahan daripada para pelatih Pusat Bahagia dan residen Kompleks Rumah Kebajikan.
Yang Berhormat dan datin juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama para pelatih dan residen serta para ibu bapa dan penjaga yang hadir.
Antara tujuan majlis tersebut untuk memberikan kesempatan kepada para pelatih dan residen serta keluarga mereka untuk beramah mesra bersama warga Kementeri Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam suasana Hari Raya Aidilfitri.
Juga hadir, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abd Samad, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah juga pegawai-pegawai kanan di kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Turut hadir, ahli-ahli dalam badan-badan berkepentingan kepada golongan berkeperluan khas dan Kompleks Rumah Kebajikan serta wakil-wakil dari syarikat-syarikat penaja dan para penderma.
Majlis Silaturahim tersebut merupakan aktiviti tahunan KKBS yang dikelolakan oleh JAPEM.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Haniza Abdul Latif
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]