FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Melestari Lagu Kanak-Kanak Brunei di Pentas Perayaan


PEMANGKU Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd Hassan menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Sketsa Lagu Kanak-Kanak yang disandang oleh Kumpulan 6 dengan sketsa ‘Padian’. | FOTO: PELITA BRUNEI ( Haji Ariffin Mohd. Noor)

 


 July 26th, 2016  |  11:03 AM  |   2429 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 25 Julai. - Projek Pantaran Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi pangkalan utama penyelenggaraan kegiatan-kegiatan seni kreatif dan bukan kreatif serta persembahan sastera.

 

Sehubungan itu, DBP melalui Bahagian Sastera, Majalah dan Jurnal dan dengan kerjasama Putra Seni menganjurkan Pertandingan Sketsa Lagu Kanak-Kanak sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun, 2016.

 

250716 ARIF SKETSA-3

PERSEMBAHAN Kumpulan 6 dengan sketsanya ‘Padian’ yang berjaya merangkul tempat pertama pada Pertandingan Sketsa Lagu Kanak-Kanak.

 

Pertandingan Sketsa Lagu Kanak-Kanak yang berlangsung di Pentas Perayaan, berhadapan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja itu adalah sebagai usaha melestari lagu kanak-kanak Brunei dalam minda dan jiwa masyarakat, di samping menggalakkan apresiasi terhadap hasil karya penulis tempatan.

 

Sebanyak enam kumpulan menyertai pertandingan dengan mengetengahkan lagu puisi yang menggabungkan lagu kanak-kanak, seni muzik dan sketsa salam satu bentuk yang menghiburkan dan mempunyai nilai seni sastera yang tinggi.

250716 ARIF SKETSA-2

PERSEMBAHAN Kumpulan 5 dengan membawakan sketsa berjudul ‘Cok Kerapang’ mendapat tempat kedua pada Pertandingan Sketsa Lagu Kanak-Kanak.

 

Pada pertandingan tersebut, Kumpulan 6 dengan sketsanya 'Padian' menduduki tempat pertama, sementara Kumpulan 5 dengan membawakan sketsa berjudul 'Cok Kerapang' mendapat tempat kedua, manakala berada tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan 1 dengan tajuk sketsanya 'Hujan Rintik-rintik'.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah DBP, Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd. Hassan.

 

Pertandingan diharap dapat menyalurkan dan mendekatkan generasi muda dengan kehidupan bermoral dan bersopan santun melalui sketsa dan seni muzik.

 

250716 ARIF SKETSA-1

PERSEMBAHAN Kumpulan 1 dengan tajuk sketsanya ‘Hujan Rintik-rintik’mendapat tempat ketiga pada Pertandingan Sketsa Lagu Kanak-Kanak.

 

Antara tujuan utama ia dianjurkan ialah untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan khususnya tentang ilmu-ilmu kesusasteraan Melayu dan hasil karya penulis-penulis Brunei Darussalam, selain dapat memberikan ruang dan pendedahan kepada generasi muda dalam bidang seni pengucapan, seni persembahan dan seni muzik Melayu Brunei.

 

Di samping itu, ia juga untuk mendaulatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara melalui dendangan lagu kanak-kanak dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan remaja dan belia dalam bidang seni pengucapan sastera.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19