Bandar Seri Begawan, 06 October 2012
A foundation stone laying ceremony for the Modernisation Project of the Brunei International Airport was held this afternoon for the airport's new arrival/departure terminal building. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Minister of Communications as the Guest of Honour at the ceremony held at the proposed site for the new Arrival/Departure Hall said that "by 2014 Brunei International Airport will be an iconic International Airport, prominent to the world with its Malay Muslim Monarch identity". The event commemorates the casting of one of the major columns supporting the massive roof for the new Arrival/Departure Hall.
Also present was Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong, Deputy Minister at the Prime Minister's Office and Chairman of BEDB, Yang Berhormat Haji Awang Ahmad bin Haji Husin, Member of the Legislative Council, Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof, Acting Permanent Secretary, Ministry Of Communications, Yang Mulia Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Permanent Secretary, Ministry of Development, Deputy Permanent Secretaries from Ministry of Communications and Development and senior officials from the Brunei Economic Development Board (BEDB) and the Department of Civil Aviation (DCA).
The concept design of the airport expansion project which began at the end of 2010, is undertaken by a Singapore consortium, Changi Airport Consultants Pte Ltd/AECOM Asia Co Ltd and the contractors appointed for the construction works are Trans Resources Corporation Sdn Bhd JV Swee Sdn Bhd. Aimed at improving the existing environment and appearance, the project is expected to enhance convenience to passengers and the public through the expansion of floor areas, the development of iconic structures and green features, as well as the installation of a much improved security system. The project, when completed in approximately 36 months, will see the Brunei International Airport improving on the quality of its services by emphasising on public convenience, safety and comfort.
In its announcement, the Brunei Economic Development Board (BEDB) and the Department of Civil Aviation (DCA) on the major construction works on the modernization of Brunei International Airport terminal is on track. Airport users and passer-bys will observe the construction of the columns and roof structures in coming months. The BEDB and DCA will ensure the smooth operations of the airport during the construction period, continue to implement safety measures including changes in road traffic and passengers' movement within the airport area.
In addition, BEDB and DCA would like to seek public cooperation and consideration while encouraging outbound passengers to plan their travel & departures in advance. Both agencies will also ensure that the public and other stakeholders will be well informed in advance of any other major works undertaken at the airport.
Pg Adnan bin Pg Badaruddin, Acting Director of DCA in his opening remarks stated that this major expansion project is one of the objectives of the department aimed to develop Brunei International Airport as the regional hub that will ensure both safety and security for all air travellers or passengers and/or airport users and with the upgraded aviation safety system, facilities and services.
Progress Picture Released during press conference -
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
UCAPAN ALU-ALUAN
PENGIRAN ADNAN BIN PENGIRAN BADARUDIN
PEMANGKU PENGARAH PENERBANGAN AWAM
BAGI MAJLIS PERLETAKAN BATU ASAS
PROJEK MEMODENISASIKAN LAPANGAN TERBANG
ANTARABANGSA BRUNEI
PADA HARI SABTU,
20 ZULKAEDAH 1433H / O6HB OKTOBER 2012M
KAWASAN LAPANG TERMINAL KETIBAAN
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BRUNEI
--
Bismillahir Rahmanir Raheem
Alhamdullilahi Rabbil'alameen wassalatu wassalamu'ala asyrafil ambia'e walmursaleen, saidina muhammadin wa'ala alihi wasahbihee ajama'en
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar Menteri Perhubungan
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei.
Yang Berhormat Haji A.wang Ahmad bin Haji Husain, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Penghulu Mukim Berakas,
Yang Mulia A.wang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Data Paduka Awang Haji Mohd Yussof, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan
Yang Mulia Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Setiausaha Tetap Teknikal dan Professional, Kementerian Pembangunan
Yang Mulia Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, PengarahPengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan Swasta, Jemputan-Jemputan Khas dan para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Selamat Petang
Bersyukur kita ke hadarat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izinNya dan limpahNya jua kita semua dapat sama-sama berkumpul pada Majlis Perietakkan Batu Asas petang ini mudahmudahan kita semua akan mendapat rahmat daripadaNya jua.
Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Salialahu'alaihi Wassalam, kaum kerabat. para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang ta'at lagi setia hingga ke akhir zaman.
Terlebih dahulu kaola ingin merakamkan rasa gembira dan penghargaan yang setinggi-tingginya di atas kehadiran dan seterusnya kesudian Yang Berhormat Pehin menjadi Tetamu Kehormat,kita, sempena Majlis Pertetakkan Batu Asas petang ini, dan bagi menandakan kerja-kerja pembinaan perlaksanaan Projek Memodenisasikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei yang diungkayahkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) yangmana telah bermula pada tahun 2011 yang lalu.
Adalah menjadi komitmen jabatan dalam memastikan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei adalah betaraf antarabangsa dan berteknologi terkini bagi memudahkan perkhidmatan yang diberikan dari masa ke semasa.
Projek yang mengambil masa lebih kurang 36 bulan ini akan mengandungi satu terminal ketibaan yang Baru dan pada masa yang sama menaiktarafkan terminal berlepas yang sedia ada.
Sebuah Surau, dalam projek berasingan, juga akan dibina berdekatan dengan kompleks terminal, yangmana akan menjadi ikonik bagi memperkenalkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja ke dunia antarabangsa. Ini bukan saja akan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei satu "gateway" bahkan menjadikannya satu mercutanda dengan "senibinanya" yang mempamerkan identity ke Bruneian dan Keislaman yang prominent dan dominant.
Dalam petikan titah Kebawah Dull Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei akan dapat menaikkan negara ini supaya menjadi pusat logistik yang kompetitif di rantau ini dan boleh menyumbang kepada pelancongan, perdagangan dan pelaburan.
Dalam maksud yang sama juga, adalah menjadi objektif dan halatuju jabatan, iaitu untuk memajukan Lapangan Terbang Antarbangsa Brunei sebagai pusat udara serantau utama yang menyediakan tahap keselamatan dan sekuriti termasuklah keselesaan pengguna lapangan terbang juga terjamin.
Jumlah penumpang yang dicatatkan pada tahun 2011 yang dikendalikan dalam terminal adalah 2.017 juta penumpang. Walau bagaimanapun kapasiti terminal yang sedia ada adalah hanya 1.5 juta penumpang setahun. Memandangkan peningkatan ini sangatlah drastik dari tahun ke setahun, jabatan akan senantiasa memastikan keperluan dalam memberikan keselesaan kepada penumpang dan pengguna lapangan terbang akan ditingkatkan.
Skop projek ini termasuklah:
• Sebuah surau yang dapat memuatkan 300 jemaah pada setiap masa; empat (4) buah bilik-bilik ibadah/solat iaitu (2) di kawasan "landside" termasuk dewan berlepas dan ketibaan bagi kegunaan pengguna-pengguna di tempat awam; dan (2) di kawasan "airside" di dewan berlepas dan ketibaan bagi kegunaan penumpang dan penguna-penguna lapangan terbang di tempat terkawal/"secured area";
• Peningkatan "terminal ground area" dari 1.7 hektar kepada keluasan sebanyak 2.6 hektar;
• Sebuah bangunan terminal penumpang baru yang akan menempatkan dewan berlepas dan ketibaan dengan jumlah ruang seluas 19,500 meter persegi;
• Sebuah tempat letak kereta yang baru yang dapat menampung sebanyak 600 buah kereta. Dengan ini lapangan terbang antarabangsa Brunei akan dapat menampung lebih dari 1,700 buah kereta pada setiap masa;
Projek ini juga akan memperkenalkan teknologi terkini bagi sistem keselamatan dan sekuriti dan jua menaiktarafkan perkhidmatan yang sediaada di lapangan terbang secara berterusan. Salah satu perancangan jabatan termasuklah menaiktarafkan perkhidmatan trafik udara yang sediaada termasuklah
Yang Berhormat Pehin, serta para hadirin sekalian.
Salah satu perancangan jabatan jangka masa terdekat termasuklah menaiktarafkan perkhidmatan trafik udara yang sedia ada termasuklah mengadakan infrastruktur dengan teknologi terkini ataupun "state of the art technology" dengan memasukkan ciri-ciri yang meningkatkan keselamatan dan sekuriti penerbangan dan operasi perkhidmatan trafik udara.
Ini adalah juga selaras dengan piawaian dan amalan yang disyorkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa/ International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan dalam Standard and Recommend Practices (SARPs). Di antara projek dalam perancangan jabatan adalah penyediaan Rancangan Navigasi Udara Global untuk Sistem Komunikasi Navigasi dan Pengurusan Trafik Udara CNS/ATM sehingga tahun 2025. Termasuklah mengadakan peralatan dan sistem teknikal, perancangan dan peningkatan sumber tenaga manusia dalam kedua-dua keperluan iaitu operasi dan teknikal untuk memenuhi keperluan perkhidmatan ruang udara secara serta merta dan di tahun-tahun mendatang.
Walau bagaimana pun, tunjung kewujudan Penerbangan Awam adalah mempastikan "airworthiness" atau 'kelayakan penerbangan' tetap utuh dan dipatuhi secara berterusan untuk memberikan keyakinan ketenangan semua penumpang, pengguna dan semua yang berkepentingan.
Ke arah itu, ternyata tahun 2014 akan menjanjikan sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei yang moden dan bertaraf antarabangsa. Mempunyai ciri-ciri ke Bruneian yang menampakkan identiti negara Melayu Islam Beraja dan menjadikannya sebuah Pusat Udera Serantau Utama yang kompetitif. Insyallah.
Bagi mengakhiri ucapan ini, kaola sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Tetamu Kehormat kita, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Data Paduka Haji Bakar, Menteri Perhubungan, ke Majlis ini dan berkesudian bagi sama-sama meletakan batu asas bagi pembinaan Projek Memodenisasikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Sekian wabilahi taufik walhidayah wassalamu'alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
--Courtesy of Brudirect.com & BEDB