Thought of the Day:
"What is the "best" for you? What keeps you from giving those "best" things the time and energy you want to give them? Are too many "good" things getting in the way?"

Wednesday, May 22nd

Last update02:05 AM (UTC +8:00)

You are here: Home Malay News Wanita Ditemui Mati, Dipercayai Bunuh Diri

Wanita Ditemui Mati, Dipercayai Bunuh Diri

  • PDF
13pic2

Bandar Seri Begawan, 12 Nov - Orang ramai sekitar ibu negara hari ini, dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita berumur lingkungan 40-an yang ditemui terbaring di tepi jalan, dipercayai terjatuh dari Bangunan Letak Kereta Bandar Seri Begawan, pagi tadi.

Ketua Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, Ag DSP Pengiran Haji Abdul Salam bin Pengiran Haji Abdul Ghani dalam satu kenyataan berkata, polis menerima laporan pada kira-kira pukul 7.20 pagi mengenai seorang wanita tempatan berusia 42 tahun yang di dapati jatuh dari bangunan Letak Kereta Bertingkat, Bandar Seri Begawan.

Menurut beliau, hasil siasatan awal polis menunjukkan kes itu adalah kes bunuh diri di mana tiada sebarang unsur-unsur jenayah dan kematiannya bukan perbuatan jenayah. Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan untuk mencari punca sebenar.

"Pihak Pasukan Polis sukacita mengingatkan bahawa Percubaan Membunuh Diri adalah satu kesalahan jenayah yang boleh didakwa di bawah Seksyen 309 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 (Penal Code Cap. 22) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama suatu tempoh yang boleh sampai satu tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali."

Orang ramai yang ditemui di tempat kejadian memberitahu Media Permata insiden malang itu berlaku sekitar pukul 7 pagi dan mereka berkata bahawa mangsa ditemui di dalam keadaan meniarap dan cedera di bahagian kepala.

--Courtesy of Media Permata
blog comments powered by Disqus