Thought of the Day:
"In our effort to close the gap between clock and the compass in our lives, many of us turn to the field of 'time management.'"

Thursday, May 23rd

Last update10:39 PM (UTC +8:00)

You are here: Home Malay News Siasatan Menyeluruh

Siasatan Menyeluruh

  • PDF
18pic1

Bandar Seri Begawan, 17 Dis - Kementerian Kesihatan memandang serius perbuatan pelupusan bahan-bahan buangan berbahaya berdekatan flat kerajaan di Beribi yang dilaporkan oleh Media Permata hari ini dan telah mengambil tindakan serta-merta dengan menghantar sepasukan pegawai ke tapak pelupusan yang disyaki itu.

"Untuk memastikan keselamatan orang awam, Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkenaan, seperti Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi untuk menutup kawasan itu dan memastikan kawasan tersebut dibersihkan dengan sempurna daripada pelupusan sisa-sisa berbahaya itu," kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan kepada Media Permata hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Kementerian Kesihatan telah mengikut garis pandu ketat dalam pengurusan sisa-sisa penjagaan kesihatan yang termasuklah pelupusan sisa-sisa klinikal seperti picagari, jarum, pisau pembedahan, tiub plastik dan tiub intravena (IV) dari hospital-hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik.

Pengurusan bahan-bahan sisa ini termasuklah pengutipan sisa-sisa dari tempat pengutipan yang dikhususkan dalam Kemudahan Hospital, pengangkutan ke tapak pembakaran, pembakaran sebenar dan pelupusan sisa-sisa yang telah dibakar pada tapak pelupusan yang dibenarkan, adalah dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta.

"Ekoran kejadian ini, satu penyiasatan menyeluruh sedang dijalankan untuk mencegah dari berlakunya lagi perbuatan yang tidak bertanggung jawab ini yang boleh membahayakan keselamatan orang awam. Kami ingin mengambil peluang untuk memaklumkan orang awam bahawa jika mereka berdepan dengan penemuan serupa, mereka seharusnya tidak terus menangani sisa-sisa klinik itu dan menghubungi terus Unit Perhubungan Awam, Kementerian Kesihatan di talian 2380989 atau 2380447," kata kenyataan itu lagi.

--Courtesy of Media Permata
blog comments powered by Disqus