Thought of the Day:
"What is the "best" for you? What keeps you from giving those "best" things the time and energy you want to give them? Are too many "good" things getting in the way?"

Wednesday, May 22nd

Last update09:49 PM (UTC +8:00)

You are here: Home Malay News Kedai Alat Ganti Kereta Terbakar

Kedai Alat Ganti Kereta Terbakar

  • PDF
5pic1

Bandar Seri Begawan, 4 Jan - Sebuah bangunan komersial tiga tingkat yang menempatkan kedai alat ganti kereta dan terletak tidak jauh dari stesen minyak di Menglait, Gadong terbakar awal pagi ini.

Sepuluh buah jentera bomba dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan, Balai Bomba Berakas, Balai Bomba Beribi, Unit Operasi Wanita, Balai Bomba Rimba dan Bomba Laut segera berkejar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 6.11 pagi.

Kebakaran itu dipercayai bermula dari ruang bawah bangunan berkenaan.

Kejadian tersebut mengejutkan orang ramai apabila menyaksikan kepulan asap tebal keluar dari kawasan bangunan tersebut sehingga menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kejadian untuk melihat lebih dekat lagi kejadian tersebut sehingga berlaku kesesakan lalu lintas.

Sepuluh jentera bomba bersama 53 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat diketuai oleh Timbalan Ketua Pemerintah Operasi Supt Othman Jailani bertungkus-lumus mengawal kebakaran.

Api berjaya dikawal dalam masa dua jam dan 57 minit. Turut berada di tempat kejadian, Jabatan Elektrik dan Pasukan Polis Diraja Brunei, trak tangki Jabatan Kerja Raya dan paramedik.

Sementara itu, beberapa batang jalan raya di kawasan tersebut ditutup bagi mengawal dan melancarkan kerja-kerja memadam api dan siasatan punca kebakaran masih lagi dijalankan.

Pihak bomba juga masih menjalankan siasatan mengenai kecederaan akibat kebakaran itu.

--Courtesy of Media Permata

blog comments powered by Disqus