Thought of the Day:
"In our effort to close the gap between clock and the compass in our lives, many of us turn to the field of 'time management.'"

Friday, May 24th

Last update09:35 PM (UTC +8:00)

You are here: Home Malay News Hijrah Ke Arah Kebaikan Satu Tuntutan Islam

Hijrah Ke Arah Kebaikan Satu Tuntutan Islam

  • PDF
media-permata

Bandar Seri Begawan, 16 Nov - Hijrah bukan sahaja bererti meninggalkan suatu perbuatan yang tidak baik tetapi juga berhijrah meninggalkan perkara yang dilarang Allah SWT dan ia wajib dikerjakan umat Islam.

Maka itu, umat Islam mesti berubah jika mahu memperbaiki dan menjauhkan diri untuk menjadi Muslim yang beriman dan bertakwa seterusnya menjadi hamba yang di kasihi Allah SWT.

Begitu juga bagi mereka yang sedar akan kesilapan dan kesalah mereka, segeralah bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT serta kembali lah ke pangkuan jalan yang di tuntut Islam" ujar tegas Khatib semasa menyampaikan Khutbah Jumaatnya hari ini. Khutbah Jumaat hari ini banyak menyentuh mengenai sambutan Tahun Baru Hijrah 1434 serta pengertian dan pengajaran daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW 1434 tahun yang lalu.

Menurut Khatib, perubahan ke arah kebaikan itu banyak menghasilkan keuntungan dan manfaat, bukan sahaja kepada individu, ia juga menguntungkan keluarga, masyarakat dan negara.

Beliau seterusnya menegaskan pula mengenai tali persaudaraan sesama umat silam dan menceritakan mengenai kaum Ansar kepada umat Islam di Madinah yang bermaksud penolong, penyokong atau pembantu kerana keikhlasan membantu umat Islam yang berhijrah dari Mekah ketika itu.

"Hubungan antara kedua kaum Ansar dan Muhajirin perlu diteladani dan diamalkan dalam kehidupan ini dan kita perlu terus mengamalkan ibadat dan membuat amalan kebajikan dan berusaha memperbaiki diri sendiri," tambah Khatib lagi.

--Courtesy of Media Permata
blog comments powered by Disqus