Thought of the Day:
"What is the "best" for you? What keeps you from giving those "best" things the time and energy you want to give them? Are too many "good" things getting in the way?"

Wednesday, May 22nd

Last update06:23 PM (UTC +8:00)

You are here: Home Malay News Bank, Pusat Membeli-Belah Sesak

Bank, Pusat Membeli-Belah Sesak

  • PDF
28pic3

Bandr Seri Begawan, 27 Dis - Pemandangan biasa hujung tahun kelihatan semula hari ini apabila bank-bank utama dibarisi orang ramai yang mengeluarkan ganjaran bonus tahunan dan gaji kakitangan kerajaan dan juga segelintir pekerja swasta.

Selain bank, pusat membeli-belah utama sekitar ibu negara kembali sesak apabila kedai-kedai mengambil kesempatan bonus untuk diskaun istimewa dalam jualan akhir tahun dan kembali ke sekolah termasuklah kedai-kedai yang menyertai Jualan Besar-besaran, Brunei Salebration 2012 (BSb 2012) yang sedang berlangsung sehingga 13 Januari 2013 nanti.

Seperti lazimnya, kakitangan sektor kerajaan dan juga sektor swasta setelah menjalankan tugas mereka untuk setahun, akan menerima bonus sebagai tanda penghargaan di atas tugas yang dijalankan.

Sudah menjadi amalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kakitangan sektor kerajaan menerima bonus mereka pada akhir bulan Disember dan bukan pada akhir bulan Januari.

Kadar bonus itu pula adalah sekitar sebulan gaji atau puan dua bulan gaji mengikut peruntukkan yang diberikan oleh majikan masing-masing.

Musim ini juga adalah masa bagi orang ramai untuk membeli keperluan harian mereka, peralatan dan buku sekolah anak-anak mereka yang akan memulakan tahun persekolahan mereka pada 2 Januari akan datang serta juga untuk mendapatkan barangan yang telah lama dihajati.

Tinjauan Media Permata hari ini, mendapati keadaan penuh sesak di bank-bank utama dan juga pusat-pusat membeli-belah utama di sekitar kawasan Gadong, Kiulap, Serusop, Batu Bersurat dan Berakas.

Jalan raya-jalan raya yang menuju ke pusat-pusat membeli-belah dan juga restoran turut penuh sesak dengan deretan kereta yang hendak keluar serta masuki kawasan-kawasan berkenaan.

Di dalam keriangan dan keghairahan untuk mendapatkan dan mengeluarkan gaji dan bonus tahunan, Pasukan Polis Diraja Brunei memberikan peringatan kepada orang ramai untuk berwaspada dan sentiasa berhati-hati apabila mengeluarkan wang tunai melalui mesin ATM atau dari bank.

Orang ramai juga diingatkan untuk lebih berhati-hati apabila keluar membeli persediaan persekolahan anak-anak kerana dikhuatiri penyeluk saku akan mengambil kesempatan mencuri ketika orang ramai sibuk membeli-belah.

Polis juga menasihati orang ramai untuk tidak mengira wang ketika berjalan keluar dari kawasan ATM kerana ini boleh memberi peluang kepada penjenayah meragut wang. Polis juga menyeru orang ramai, jika melihat seseorang yang mencurigakan di kawasan ATM, pusat membeli-belah dan kawasan letak kereta untuk mengenal pasti pakaiannya, ketinggian serta bentuk badan orang itu supaya dapat dilaporkan ke balai-balai polis yang berdekatan atau menghubungi talian 993.

--Courtesy of Media Permata

blog comments powered by Disqus