Thought of the Day:
"In our effort to close the gap between clock and the compass in our lives, many of us turn to the field of 'time management.'"

Friday, May 24th

Last update12:05 PM (UTC +8:00)

You are here: Home Malay News Baginda Sultan Berkenan Kurnia Darjah Kebesaran

Baginda Sultan Berkenan Kurnia Darjah Kebesaran

  • PDF
6pic1

Bandar Seri Begawan, 5 Mac - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang ini berkenan menerima mengadap Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura Leftenan Jeneral Neo Kian Hong di Istana Nurul Iman.

Pada majlis mengadap berkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan Anugerah Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) kepada Leftenan Jeneral Neo Jian Hong.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam dan Pemerintah Briged Infantri Kedua Tentera Darat Singapura Kolonel Mark Tan.

Juga hadir semasa majlis mengadap berkenaan ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap (Polisi Pertahanan dan Pembangunan) di Kementerian Pertahanan Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Azmansham bin Pengiran Haji Mohamad.

Sementara itu, di ruang berasingan Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha juga berkenan menerima mengadap Madam Jane Ng Geok Hoon, isteri kepada Ketua Tunus pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura.

Hadir sama di majlis berkenaan isteri kepada Pemerintah ABDB, Datin Nurhayana Janis Binti Abdullah.

--Courtesy of Media Permata
blog comments powered by Disqus