Thought of the Day:
"For many of us, there's a gap between the compass and the clock-between what's deeply important to us and the way we spend our time."

Saturday, May 18th

Last update10:42 PM (UTC +8:00)

You are here: Home Malay News AITI Cadang Tingkat Kapasiti Internet

AITI Cadang Tingkat Kapasiti Internet

  • PDF
media-permata

Bandar Seri Begawan, 30 Nov - Dalam usaha untuk menampung keperluan pertumbuhan perkhidmatan telekomunikasi di negara ini yang semakin pesat, Pihak Berkuasa Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI), bercadang untuk menyediakan spektrum jalur 1800 MHz untuk penggunaan sistem dan perkhidmatan teknologi telekomunikasi mudah alih yang moden, termasuk Evolusi Jangka Panjang (LTE) atau 4G.

AITI dalam kenyataannya hari ini, mengakui timbulnya keperluan untuk pembekal telekomunikasi mudah alih mendapatkan spektrum frekuensi radio menggunakan teknologi telekomunikasi mudah alih moden untuk menyesuaikan diri dengan permintaan berkapasiti tinggi serta memberikan daya pemprosesan data bertujuan menyokong perkhidmatan dan aplikasi jalur lebar.

Untuk itu, AITI telah mengeluarkan kertas rundingan awam mengenai "Peruntukan Jalur 1800 MHz untuk Sistem dan Perkhidmatan Telekomunikasi Mudah Alih Antarabangsa (IMT)" sebagai langkah pertama sebelum melaksanakan kempen memberikan hak penggunaan spektrum jalur 1800 MHz kepada operator.

Kertas rundingan awam ini boleh diperoleh di laman web AITI bermula 1 Disember 2012. AITI dengan ini mengalu-alukan pendapat dan komen daripada pemain industri dan orang awam mengenai pendekatan dan langkah-langkah untuk memperuntukkan jalur 1800 MHZ untuk sistem dan perkhidmatan IMT.

Ini berdasarkan pertumbuhan pesat dan dijangka berterusan dalam perkhidmatan telefon mudah alih di negara ini dalam tahun-tahun kebelakangan ini memandangkan orang ramai semakin bergantung pada telefon mudah alih untuk tujuan sosial dan perniagaan.

Ia menambah permintaan untuk jaringan Internet berkapasiti tinggi sekali gus memberikan tekanan kepada pembekal telekomunikasi agar mempertingkatkan perkhidmatan kualiti mereka untuk menyokong aplikasi sedemikian.

Rundingan awam merupakan proses yang diamalkan AITI untuk memberikan peluang kepada industri dan orang awam meluahkan pendapat mereka mengenai rangka kerja peraturan dan prosedur yang diusulkan AITI. Ia adalah kertas rundingan awam keempat disiarkan AITI pada tahun ini.

Kertas rundingan awam pertama adalah mengenai rangka kerja Cadangan Perlesenan Bersatu yang dilancarkan pada 18 April 2012. AITI menerima sejumlah tujuh maklum balas daripada pemegang lesen dan pemegang saham berkaitan. Kertas rundingan awam kedua adalah mengenai telekomunikasi dan kod persaingan penyiaran dan disiarkan pada 4 Jun 2012.

AITI telah menerima tiga maklum balas daripada pemegang lesen. Jumlah maklum balas yang sama juga diterima selepas AITI mengeluarkan kertas rundingan awam ketiga mengenai Rangka Kerja Pengurusan Nama Domain pada 14 September 2012.

Pemegang lesen dan saham berkaitan telekomunikasi dan orang awam boleh menghantar maklum balas mengenai yang boleh dimuat turun daripada laman web AITI (www.aiti.gov.bn) mulai 1 Disember 2012. Tarikh tutup untuk penghantaran komen adalah pada 14 Disember 2012, 3:30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kertas rundingan awam, bolehlah menghubung Muhammad Norfauzi bin Haji Dani (673) 2323232 samb. 6631 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau Hajah Yusrina binti Haji Mat Yussof (673) 2323232 samb 6635 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

--Courtesy of Media Permata
blog comments powered by Disqus