Thought of the Day:
"In our effort to close the gap between clock and the compass in our lives, many of us turn to the field of 'time management.'"

Saturday, May 25th

Last update01:16 PM (UTC +8:00)

You are here: Home Malay News

Malay News

Brunei Beri Jaminan

  • PDF

17pic1

Manila, 16 April - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memuji inisiatif Presiden Republik Filipina Benigno S. Aquino III dalam mempromosi keamanan dan perdamaian di Selatan Filipina dan Baginda ingin memberi jaminan bahawa Negara Brunei Darussalam akan terus memberikan bantuan dalam usaha pengamanan negara tersebut.

Peraturan Baru Bagi Perkhidmatan Bas

  • PDF

16pic1Bandar Seri Begawan, 15 April - Bas-bas di seluruh negara akan bertukar imej dalam usaha memastikan perkhidmatannya lebih profesional dan moden.

Majlis Puja Usia Bersama BLGA

  • PDF

15pic2

Bandar Seri Begawan, 14 April - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Puja Usia Yang Teramat Mulia anjuran Persatuan Golf Wanita Brunei (BLGA) bertempat di Terindak D'Polo, Jerudong.

Aman Dan Stabil

  • PDF

12pic3

Bandar Seri Begawan, 11 April - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan selaku Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN, hari ini, berkenan mempengerusikan tiga mesyuarat iaitu Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN, Mesyuarat Majlis Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN (APSC) ke-9 dan Mesyuarat Majlis Penyelararan ASEAN (ACC) ke-12, sebagai persediaan kepada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Bandar Seri Begawan pada 24 dan 25 April nanti.

Persiapan Kemuncak ASEAN

  • PDF

h003

Bandar Seri Begawan, 9 April - Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (EAC) ke-9 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas esok (10 April) dijangka membincangkan mengenai Scorecard Kerjasama Ekonomi ASEAN (AEC) yang menjejaki pelaksanaan pelan tindakan AEC khususnya bagi mencapai sasaran bagi penubuhan AEC menjelang 2015.