Thought of the Day:
"What is the "best" for you? What keeps you from giving those "best" things the time and energy you want to give them? Are too many "good" things getting in the way?"

Wednesday, May 22nd

Last update10:17 AM (UTC +8:00)

You are here: Home Malay News

Malay News

Hubungan Ekonomi Kian Kukuh

  • PDF

14pic1

Tokyo, 13 Mei - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah melahirkan rasa gembira bahawa hubungan ekonomi antara kedua-dua negara semakin kukuh, dengan Jepun sebagai salah sebuah pelabur asing utama Brunei dan juga pelanggan yang amat penting bagi minyak dan gas.

Baginda Sultan Berangkat Tiba Di Tokyo

  • PDF

13pic5Tokyo, 12 Mei - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah selamat Berangkat Tiba di Tokyo, Jepun bagi Keberangkatan Kerja.

Gaharu Mula Berkembang

  • PDF


11pic1Bandar Seri Begawan, 10 Mei - Perasmian kedai gaharu pertama di negara ini, Oudh Al-Aswad hari ini menandakan satu lagi peristiwa penting dalam usaha menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat utama perdagangan kayu dan minyak gaharu di rantau ini.

Detik Bersejarah Pembinaan Jambatan Temburong

  • PDF

10pic1

Bandar Seri Begawan, 9 Mei - Hasrat penduduk Brunei khususnya penduduk Daerah Temburong untuk mempunyai sebuah jambatan penghubung di antara Daerah Temburong dengan Daerah Brunei Muara kini mula menjadi kenyataan dengan penandatanganan Memorandum Perjanjian bagi pelantikan Konsultan Ove Arup dan Rakan-Rakan selaku Konsultan Struktur dan Sivil bagi Cadangan Projek Jambatan Temburong.

"Ini adalah satu detik yang amat signifikan dan bersejarah kerana akhirnya pembinaan Jambatan Temburong menjadi kenyataan dengan penandatanganan Memorandum of Agreement dengan Konsultan Ove Arup dan Rakan-Rakan selaku konsultan sivil and struktur."

Detik bersejarah itu dinyatakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhornat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman ketika berucap di Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian dan beberapa kontrak-kontrak lain bagi Cadangan Projek Jambatan Temburong yang berlangsung di Dewan Bertabur, Bangunan Kementerian Pembangunan, hari ini.

Yang Berhormat Pehin menambah bahawa dengan penandatanganan berkenaan maka dengan rasminya bermulalah kerja-kerja reka bentuk projek yang akan berjalan selama beberapa bulan sebelum projek berkenaan akan ditawarkan nanti.

"Jambatan ini nanti akan merentasi perairan Brunei melalui jambatan sepanjang kira-kira 14km dan menjadikan panjang keseluruhan jalan dan jambatan sejauh 30 kilometer yang mana menghubungkan Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong iaitu bermula dari Jalan Utama Mentiri hingga ke Labu Estet."

Yang Berhormat Pehin berkata lagi bahawa setelah projek itu siap nanti, ia akan mempercepatkan lagi perjalanan berulang-alik bagi kedua-dua daerah itu nanti dengan jangkaan masa perjalanan kira-kira 30 ke 40 minit sahaja.

"Projek ini juga akan menjadi mercu tanda bagi Negara Brunei Darussalam dan merupakan satu projek mega Kementerian Pembangunan. Dari itu, pihak Kementerian Pembangunan dengan sedaya upaya akan memastikan semua aspek projek jambatan ini dari reka bentuk yang menepati ciri-ciri kebruneian hinggalah kepada kerja-kerja pembinaan dan kualiti jambatan yang siap itu nanti mencerminkan satu kerja kejuruteraan yang boleh dibanggakan."

Di majlis itu juga, jelas Yang Berhormat Pehin turut menyaksikan penandatanganan kontrak-kontrak di bawah Projek Jambatan Temburong iaitu beberapa projek penyelidikan.

Beliau menyeru kepada pihak konsultan-konsultan yang dilantik dan juga kontraktor-kontraktor yang diberikan projek penyelidikan untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu dengan kepakaran yang dimiliki, sesuai dengan imej dan prestasi serta fungsi jambatan berkenaan, sebanding jika tidak lebih baik dengan projek-projek jambatan di rantau ini.

Terdahulu sebelum itu, majlis menyaksikan penandatanganan memorandum di mana menandatangani bagi pihak kerajaan ialah Setiausaha Tetap (Teknikal & Profesional), Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan mewakili Ove Arup dan Rakan-Rakan ialah Lim Siew Yong dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi.

Majlis juga menyaksikan penandatanganan kontrak dan penyampaian surat penerimaan tawaran kepada enam syarikat tempatan bagi kerja-kerja awal penyelidikan projek berkenaan iaitu bagi Penilaian Impak Alam Sekitar Komprehensif kepada Konsultan MWH, Kerja-Kerja Penyelidikan Tanah kepada Teca (B) Sdn Bhd dan empat kontrak kerja-kerja pengukuran dan geofizik marin di Daerah Brunei Muara dan Temburong kepada Juruukur Taib Said, Juruukur Bersatu Konsultan, Juruukur Perunding Services (B) dan Juruukur CMK Konsultan.
-- Courtesy of Media Permata

Guna Pendekatan Komprehensif

  • PDF

8pic2

Bandar Seri Begawan, 7 Mei - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik bersabda menyarankan supaya Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) bersama-sama rakan strategiknya daripada agensi kerajaan dan NGO untuk mengambil pendekatan yang komprehensif dalam menangani masalah kemiskinan di negara ini.