Bandar Seri Begawan, 25 Dis - Sejumlah 28 kematian kemalangan telah dicatat sejak awal tahun ini sehingga 18 Disember 2012 berbanding dengan 47 kematian sepanjang tahun lalu yang merupakan rekod tertinggi dalam tempoh lima tahun lalu (2008-2012).
Bulan Februari, Januari dan November mencatat jumlah kematian tertinggi, dengan masing-masing lima, empat dan empat kematian, statistik lalu lintas polis terbaru mendedahkan. Kira-kira 3,258 kemalangan jalan raya telah dicatat setakat ini, kurang 340 daripada angka keseluruhan tahun lalu yang mencatat 3,598 kemalangan.
Sebanyak 338 kecederaan ringan dan 75 kecederaan serius telah dilaporkan setakat ini berbanding dengan 630 kes kecederaan ringan dan 69 kecederaan serius masing-masing pada tahun lalu.
Kecederaan ringan paling banyak dialami oleh pemandu muda (berusia di antara 18-28 tahun), dengan 163 kes. Ia juga membabitkan kategori kecederaan serius di mana kumpulan umur yang sama mengalami paling banyak kecederaan serius dengan 15 kes.
Dari segi kategori umur untuk jumlah kematian, tujuh yang telah terkorban adalah mereka yang berusia di antara 29-38 tahun berbanding dengan enam dalam kategori 18-28 tahun. Pada tahun lalu, keadaan adalah sebaliknya, dengan kategori umur 18-28 tahun mengalami paling banyak kematian dengan 20 kes, diikuti oleh 29-38 tahun dengan 10 kematian.
Setakat ini pada tahun ini, 14 pemandu telah meninggal dunia berbanding dengan penumpang (11), pejalan kaki (2) dan penunggang motosikal (1).
Pada tahun lalu, kemalangan sendiri menyumbang kepada angka tertinggi dengan 17 kematian dalam 1,523 kemalangan, diikuti oleh perlanggaran kereta dengan 12 kematian dalam 1,640 kemalangan.
Empat pejalan kaki terbunuh selepas dilanggar oleh pemandu setakat ini sementara tiga penunggang motosikal terbunuh dalam kemalangan sendiri. Dua lagi penunggang motosikal terkorban dalam perlanggaran dengan kereta, diikuti oleh seorang penunggang basikal yang terbunuh selepas dilanggar oleh pemandu dan kemalangan sendiri yang membabitkan seorang penunggang basikal.
Operasi berterusan oleh pegawai penguat kuasa terutamanya Jabatan Kawalan dan Siasatan lalu Lintas (JSKLL) Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Pengangkutan Darat seperti perangkap kelajuan, sekatan jalan, penghantaran kakitangan penguat kuasa, peningkatan dalam sistem jalan raya adalah antara faktor yang membantu mengurangkan kemalangan.
Kementerian Perhubungan menerusi Jabatan Pengangkutan Darat (LTD) juga telah memperkenalkan beberapa langkah untuk memastikan pemandu lebih berdisiplin dan teliti menerusi kaedah pemanduan mempertahankan diri yang dilaksanakan di sekolah memandu dan juga menerusi pengenalan sistem poin demerit (DPS) yang berada pada peringkat percubaan sebelum pelaksanaan sepenuhnya yang dijadualkan pada Julai tahun depan.
Kedua-dua ini membantu dalam mewujudkan persekitaran pemanduan yang selamat.
--Courtesy of Media Permata.gif)


