|
YDM Pehin Jurutulis: Bismillah Hirrahman Nirrahim,
Alhamdulillah Hirabilalamin Wassalatu Wassalamuala Asyarafil
Anbiyai Wal Mursalin, Saidina Muhammadin Wa Alihi Wassahbihi
Azamain. Allah Humma Ya Allah Ya Tuhan Kami, dengan izin-Mu
jua mesyuarat negara pada pagi ini bersidang membincangkan
perkara-perkara yang berfaedah untuk negara kami dan isi di
dalamnya. Kami mohon Ya Allah tunjukkanlah jalan yang lurus,
bimbinglah kami supaya akan dapat mencapai sebaik-baik
keputusan yang Engkau redhai Ya Allah. Allah Huma Ya Allah
Ya Tuhan kami lapangkan dada kami dan hilangkanlah kekeluan
lidah kami supaya akan lancar membuahkan sebarang pendapat
dan fikiran, pimpinlah dan tunjukkan kepada kami cara
bermesyuarat yang sebaik-baiknya supaya akan dapat
membuahkan keputusan yang bermanfaat yang Engkau redhai Ya
Allah. Allah Huma Ya Allah Ya Tuhan kami, bersihkanlah dan
sucikanlah hati kami, lidah kami, penciuman kami,
pendengaran kami, penglihatan kami dan perasaan kami
daripada perkara-perkara yang Engkau tidak redhai kerana
hamba-hamba-Mu ini Ya Allah sangat lemah dan tidak mampu
untuk melawan godaan syaitan dengan tidak pertolongan dan
syaafat-Mu Ya Allah. Allah Humma Ya Tuhan kami, kurniakan
taufik, peliharakan dan lindungilah Sultan kami, Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang dengan
kehendak-Mu jua Ya Allah menjadi pemimpin kami supaya
Baginda akan dapat memimpin dan memerintah dan menjadikan
Negara Brunei Darussalam makmur dengan kemajuan ilmu
pengetahun, kebaikan, keamanan, kemewahan dan kejayaan.
Allah Huma Ya Allah Ya Tuhan kami, gerakkanlah hati kami ini
supaya sentiasa mengingati-Mu dan mencintai-Mu dan
merindui-Mu, Ya Allah kerana kami juga ingin bersama-sama
dengan kumpulan mereka yang Engkau angkat darjatnya dan
menjadi kekasih-Mu. Rabbana Atinafitdunia Hasanah
Wafilakhirati Hasanah Wakina Azabanar Wassallahuala Saidina
Muhammadani Waala Akidmanar. Wasalullahi Ala Saidina
Muhammadin Waalaalihi Wasabihi Wassalam Walhamdulillahi
Rabbil Alamin. |